Khamis, 29 Oktober 2009

Proses Pembuatan Jus Pati Noni USA Federation

Jus Pati Noni USA Federation diperam dan diproses dari intipati asal Noni berkualiti tinggi yang berasal dari kepulauan Pasifik Selatan.
Jus Pati Noni USA Federation yang 100% pati Noni tulen merupakan Enzim yang berkualiti tinggi, tidak mengandungi sebarang bahan tambahan atau pengawet.

A:Pokok Noni. Pokok-pokok Noni adalah pokok-pokok buah tropika yang tumbuh liar di kawasan Kepulauan Pasifik Selatan, berbuah selepas 10 bulan

B: Buah Noni.Selepas tempoh masa 18 bulan, buah Noni akan masak dengan ketuat tumbuh di atas kulit, menyerupai jambu batu. Setiap pokok akan menghasilkan sebanyak 4-8 Kilogram setiap bulan.

C: Penapaian Semula Jadi. Buah Noni yang masak dan tumbuh sempurna dipilih secara teliti sebelum diletakkan dalam tong-tong khas untuk proses penapaian semulajadi selama tempoh 3 bulan (lebih kurang 90 hari)

D: Pengekstrakan Teknologi Tinggi. Selepas penapaian semulajadi berlaku, Noni tersebut diekstrak melalui proses pengasingan yang akan memisahkan intipati daripada hampas

E: Penghapusan Bakteria Dengan Tekanan Tinggi. Proses Pensterilan, yakni mengenakan tekanan tinggi terhadap ekstrak Noni dijalankan bagi mengawal kualiti Noni yang telah ditapai.

F: Pembotolan dan Penghantaran. Noni yang dihasilkan akan dimasukkan ke dalam bekas yang bebas daripada kuman dan habuk, kemudiannya akan dihantar ke proses pembotolan

G: Perletakkan dalam Kontena-kontena untuk dieksport.Ribuan kontena akan dihantar kepada penggemar Noni diserata dunia sebagai usaha meningkatkan kesihatan keseluruh dunia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan