Khamis, 29 Oktober 2009

PRODUK TERBAIK UNTUK RAMBUT HITAM ANGGUN BERSERI & WAJAH TAMPAK MUDA



















Keajaiban Syampu Hitam Rambut (NONI- Black Hair Magic)

“NONI BLACK MAGIC SYAMPOO” SEKOTAK RM150.00 (20 PEKET)Adakah anda menghadapi Masalah Rambut beruban dan ingin mendapatkan kembali rambut hitam yang bergaya? Saya mempunyai satu produk yang sangat berkesan, hanya memerlukan masa 7-10 minit sahaja. Bahan-bahan : 1. Diperbuat daripada tumbuhan herba sebagai bahan kesiahatan rambut Intipati dihasilkan daripada bahan-bahan semulajadi seperti Intipati Polygonum Multiflorum Thunb,noni (buah mengkudu),ginseng,dan sebagainya.
Keberkesanan terbukti melebihi 6x shampoo hitam rambut lain dalam pasaran. Keberkesanan/Kelebihan:
1-Sungguh mudah digunakan dimana-mana sahaja tanpa mengira waktu.Hanya 7-10 minit sahaja selepas penggunaan ringan.Kehitaman rambut terserlah dari akar hingga ker hujung rambut.
2-Satu gabungan penghitam rambut, vitamin rambut dan perapi rambut.
Menghapuskan Kelemumur dan kegatalan kulit kepala.Penggunaan secara konsisten dan berterusan memberi anda rambut dan kulit kepala yang sihat.
3-Mempunyai Pengesahan Halal Antarabangsa dan pengguna muslim tidak perlu ragu-ragu.
4-Boleh menambah pendapatan disamping menjadi pengguna.
Arahan Penggunaan:
1. Memakai sepasang sarung tangan (bah
agian akhir kuku anda akan menjadi kelabu oleh bahan aktif tumbuhan semulajadi, tetapi tidakmenjejaskan kesihatan sama sekali)
2. Basuh rambut anda yang berminyak & keringkan, kemudian lembapkan sedikit rambut.
3. Ratakan syampu ke seluruh rambut seperti penggunaan syampu biasa dengan membenarkan syampu sampai ke akar rambut. Biarkan selama 7-10 minit.
4.Kemudian, bilas rambut anda sehingga bersih dan sikat rambut seperti biasa. Hasilnya, rambut hitam yang anggun dan wajah tampak muda berseri. Info: Untuk lebih penjimatan dapatkan Noni Black Magic dengan pembelian 1 kotak berserta keahlian seumur hidup pada harga RM 150.00 SEKOTAK RM150.00 (20 PEKET = RM7.50) HARGA JUAL SEPEKET RM15.00






































CARA MENGGUNAKAN NONI

Cara Menggunakan Noni

2 kali sehari semasa bangun pagi dan semasa hendak tidur.
Terus minum segelas air suam @ air bertapis (Air liur semasa bangun pagi adalah enzime yang paling baik jika di gunakan dengan Noni adalah lebih berkesan).(Jangan gosok gigi dahulu, ubat gigi mengandungi bahan yang boleh merosakkan enzime Noni, Gosok gigi salepas menggunakan Noni)
Ambil Noni 3 titik atau lebih titik dibawah lidah
Kemam atau kebam selama 1-2 minit biarkan Noni meresap melalui saluran darah dibawah lidah terus kedalam darah.
Telan sikit-sikit Noni sehingga habis dari dalam mulut
Minum segelas air lagi
Ulangi perkara yang sama semasa hendak tidur

Perhatian: Salepas menggunakan Noni jarakkan masa 2 jam barulah boleh makan/minum kopi, nescape, teh dan hisab rokok atau sebarang ubat klinik/hospital.(Jika anda sedang menggunakan ubat klinik/hospital teruskan seperti biasa)

Diabetes | Kencing Manis














































































































































































































Proses Pembuatan Jus Pati Noni USA Federation

Jus Pati Noni USA Federation diperam dan diproses dari intipati asal Noni berkualiti tinggi yang berasal dari kepulauan Pasifik Selatan.
Jus Pati Noni USA Federation yang 100% pati Noni tulen merupakan Enzim yang berkualiti tinggi, tidak mengandungi sebarang bahan tambahan atau pengawet.

A:Pokok Noni. Pokok-pokok Noni adalah pokok-pokok buah tropika yang tumbuh liar di kawasan Kepulauan Pasifik Selatan, berbuah selepas 10 bulan

B: Buah Noni.Selepas tempoh masa 18 bulan, buah Noni akan masak dengan ketuat tumbuh di atas kulit, menyerupai jambu batu. Setiap pokok akan menghasilkan sebanyak 4-8 Kilogram setiap bulan.

C: Penapaian Semula Jadi. Buah Noni yang masak dan tumbuh sempurna dipilih secara teliti sebelum diletakkan dalam tong-tong khas untuk proses penapaian semulajadi selama tempoh 3 bulan (lebih kurang 90 hari)

D: Pengekstrakan Teknologi Tinggi. Selepas penapaian semulajadi berlaku, Noni tersebut diekstrak melalui proses pengasingan yang akan memisahkan intipati daripada hampas

E: Penghapusan Bakteria Dengan Tekanan Tinggi. Proses Pensterilan, yakni mengenakan tekanan tinggi terhadap ekstrak Noni dijalankan bagi mengawal kualiti Noni yang telah ditapai.

F: Pembotolan dan Penghantaran. Noni yang dihasilkan akan dimasukkan ke dalam bekas yang bebas daripada kuman dan habuk, kemudiannya akan dihantar ke proses pembotolan

G: Perletakkan dalam Kontena-kontena untuk dieksport.Ribuan kontena akan dihantar kepada penggemar Noni diserata dunia sebagai usaha meningkatkan kesihatan keseluruh dunia.

DAPATKAN NONI DISINI

inGIN DapatKan NONI??? SGT mudah....

1 botol (10ml) - RM40.00

5 botol (10ml) - RM155 {keahlian percuma + complete kit serta vcd testimoni + free delivery (biasa)}

Barang hanya akan dipos, setelah pembayaran dibuat.KOs Penghantaran PERCUMA!!!"UNTUK MAKLUMAT LANJUT...........SIla DAIL"
MILA 0125660160
KEPADA YANG INGIN MENJADI DEALER SILA HUBUNGI SEPERTI NUMBER DI ATAS

khasiat mengkudu untuk kesihatan manusia

Khasiat mengkudu untuk kesihatan manusia

Mengkudu (Morinda tinctoria; Morinda citrifolia) boleh dijadikan jus untuk diminum. Buah mengkudu dikenali dengan pelbagai nama mengikut negara. Contohnya "Noni" (Hawaii, Polynesia); "Nono" (Tahiti); "Lada" (Guam); "Indian Mulberry" (India); "Painkiller tree" (Kepulauan Caribbean); "Nhau" (Sebahagian di Asia Tenggara); "Cheesefruit" (Australia); "Bumbo" (Afrika) dan "Kura" (Fiji).Mengkudu mengandungi bahan "xeronine".

Dr. Ralph M. Heninicke, Ahli Biokimia, University of Hawaii, Amerika Syarikat merupakan perintis kajian buah mengkudu selama 45 tahun. Beliau menemui kompoun alkoloid "proxeronine" dalam buah mengkudu secara tidak sengaja ketika mengkaji enzime "bromelin" dalam buah nenas. Kandungan "proxeronine" dalam buah mengkudu adalah 800 kali berbanding paras yang terdapat dalam buah nenas.

Jadi, buah mengkudu amat berguna kepada kesihatan manusia. Buah mengkudu mengandungi zat pencetus "xeronine" yang dipanggil sebagai "proxeronine" di samping terdapat enzim yang membantu "proxeronine" membentuk "xeronine".

Kepentingan xeronine :
Salah satu bahan penting bagi menggalakkan pertumbuhan tisu dalam tubuh badan manusia menerusi tindakbalas bahan kimia antara proxeronine dan proxeronase.Interaksi dua bahan kimia proxeronine dan proxeronase boleh membantu membesarkan liang pada usus kecil - sekali gus mempercepatkan serapan bahan nutrien ke dalam sistem pemakanan.

Berfungsi sebagai bahan mengembalikan kesegaran dan ketahanan protein badan yang merupakan sebagai bahan awet muda.Mengkudu juga kaya dengan bahan anti-oksidan iaitu membantu melambatkan proses penuaan. Biasanya buah mengkudu dipetik dan diperam di atas garam, atau di dalam beras. Apabila sudah masak ia boleh dimakan begitu sahaja. Ianya juga boleh dicampur dengan gula untuk dimakan. Buah mengkudu boleh memulih sel atau tisu rosak, sekali gus melambatkan proses penuaan, di samping berguna bagi penyakit kencing manis, sengal sendi dan tekanan darah tinggi. Daun mudanya boleh digunakan sebagai sayuran atau dimakan sebagai ulaman. Daunnya jika direbus boleh menyihatkan ibu yang baru bersalin. Kulitnya berguna bagi mengubati penyakit Malaria. Bunga mengkudu boleh digunakan untuk merawat penyakit mata. Akar mengkudu berguna bagi mengubati penyakit buasir, hidung tersumbat dan pendarahan otak.Antara khasiat buah mengkudu :

Sistem pernafasan - melegakan penyakit sinus atau resdung, asma, bronkitis dan hingus
meleleh.

Sistem penghadaman - perut kembung, ulser, gastrik, cirit-birit, muntah-muntah, tidak
hadam makan dan masalah keracunan makanan.

Sistem kardiovaskular - mengurangkan tekanan darah tinggi dan merendahkan aras
kolesterol.

Gangguan dalam tubuh - kencing manis, sakit kepala, migraine, sakit ginjal dan buah
pinggang.

Mulut dan tekak - radang tekak, sakit gusi, sakit gigi dan batuk.

Penyakit kulit - bisul, luka dan ulser kulit.

Lain-lain - meredakan penyakit darah tinggi, betis kering bersisik, merekah tumit kaki,
mengurangkan penyakit batuk, penyakit kuning dan demam panas.

Bagi wanita yang baru lepas bersalin - daun mengkudu boleh digunakan untuk
mengecutkan rahim. Caranya ialah dengan
membalut daun mengkudu itu dengan kain dan
dipanaskan untuk bertungku. Justeru itu, mengkudu
boleh digunakan sebagai bahan awet muda.

Keajaiban Noni (Extrak Pati Mengkudu)

Keajaiban Noni (Extrak Pati Mengkudu)

Buah Mengkudu atau nama saintifiknya ialah Morinda Citrifolia telah digunakan oleh penduduk Polinesia dan kepulauan Carrabien dalam mengubati pelbagai penyakit dan untuk menyihatkan badan. Di Malaysia, penggunaan mengkudu agak terbatas dan dipandang remeh. Kajian secara saintifik lebih 40 tahun telah dijalankan oleh Dr. R.M Heineike.

Buah mengkudu telah dijadikan dalam bentuk jus untuk memudahkanpenggunaannya dan juga untuk menghilangkan rasa busuk. Spesis mengkudu adalah antara spesimen yang banyak tersebar. Antara faktornya ialah sifat daya tahan biji benihnya yang berupaya terapung untuk tempoh masa yang lama. Pepohon mengkudu boleh mencapai ketinggian sehingga 35 kaki atau 10 meter tinggi dengan bebunga putih. Dengan sifatnya yang istimewa, iaitu berbunga sepanjang tahun, dapat menghasilkan buah yang silih berganti. Amalan Tradisi Semenjak dahulu lagi, khasiat mengkudu telah diketahui oleh masyarakat tempatan. Malangnya, kegunaannya terhad kepada ulam dan kerabu walaupun sesetengahnya mengambil bahagian daunnya untuk kegunaan selepas bersalin, atau lebih tepat lagi sebagai awet muda.

Kajian Saintifik
Buah mengkudu mengandungi 12 kandungan penting seperti:

proxironine

asid kaproid

asid kaprilik

minyak penting
B-D-glucopiranose pentaacetate-2

asperuloside tetra acetate

glucose
Asid ascorbik(vitamin C)
damnacanthol.

Beberapa jenis kandungan ini boleh bertindak sebagai anti-bakteri melawan
E.Coli

Salmonrlla typhi

Shigella paradysenteriac

Staphylococcuss aureus

Buah mengkudu boleh memulihkan sistem penghadaman dan ini dapat membantu dalam memulihkan penyakit
"hemorrhoidsm"
hidung tersumbat
"cerebral hemorrhage"Ia dapat juga membantu untuk meredakan "embolishsm" dan membantu untuk melancarkan aliran darah yang mugkin disebabkan ketulan-ketulan darah(ketulan darah ini terdapat dalam saluran darah dan mengurangkan perjalanan darah).
Mengkudu juga bertindak sebagai" anti-oxidant" yang sangat baik. Kandungan yang paling penting dalam buah mengkudu adalah proxeronine. Proxeronine ini akan membentuk Xeronine apabila dimakan dan Xeronine ini boleh membaiki sel-sel yang rosak dan mengaktifkan sel-sel yang lemah. Salah satu unsur penting dalam mengudu ialah Damnacanthol yang boleh bertindak sebagai anti-virus dan anti-tumor yang boleh bertindak keatas beberapa jenis barah paru-paru. Beberapa kajian klinikal menunujukan mengkudu dapat menolong masalah penyakit buah pinggang yang teruk. Ia juga menunjukkan sifat "anti-inflammatory" yang boleh membantu dalam merawat "arthritis". Dalam percubaan keatas tikus, berat badan, kesuburan sel darah putih dan kekuatan berenang bertambah setelah diberi jus mengkudu. Secara umunnya, buah mengkudu boleh membantu dalam penyakit dibawah. Semua penyakit-penyakit yang dicadangkan disini mungkin tidak memberi kesan yang sama:-

1)Tekanan Darah tinggi
2)Barah
3)Penyakit Jantung
4)Kencing Manis5)
Masalah Seksual
6)Lemah badan
7)Berat badan berlebihan(Kegemukan)
8)Masalah buah pinggang
9)Fikiran serabut
10)Alahan seperti alahan daripada makan udang dan ketam
11)Arthiritis
12)Masalah penghadaman
13)Angin Ahmar
14)Masalah tidur
15)Ketagihan merokok
16)Masalah Penafasan
17)Kurang Tenaga
18)Batuk
19)Cacing
20)Gout
21)Asma
22)Resdong
23)Gastrik
24)Tumor
25)Luka Kecil
26)Kelimumur
27)Kebengkakan
28)Keracunan Makanan

KEAJAIBAN BUAH MENGKUDU
Bijinya digunakan sebagai julap Tidak banyak kegunaan pokok mengkudu kepada masyarakat negara ini melainkan daun dan buahnya yang kadangkala digunakan sebagai ulam dan kerabu. Dalam beberapa ketika pula daun mengkudu dijadikan bahan ubatan traditional sebagai meniru amalan perubatan masyarakat dahulu kala. Mengkudu atau nama saintifiknya morinda citrifolia diketahui begitu kaya dengan pelbagai ramuan ubatan hingga digelar sebagai ratu tumbuhan. Khasiat buah mengkudu boleh meredakan tekanan darah tinggi, senggugut, arthritis, ulser, kencing manis, kerosakan buah pinggang, pundi hempedu serta urat saraf. Demikian menurut pegawai penyelidik Bahagian Tumbuhan Ubatan, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Dr. Mohd Ilham Adenan. Selain itu buah mengkudu juga dikatakan dapat merencat pertumbuhan sel-sel barah, mempunyai kesan analgesik (penahan sakit), antiseptik (membunuh kuman) dan menghalang pertumbuhan parasit serta kulat. Dikalangan masyarakat kepulauan Hawaii, buah mengkudu dianggap sebagai the magic fruit atau buah ajaib kerana nilai perubatannya yang tinggi. Sebenarnya buah mengkudu atau noni (nama tempatan di Hawaii) telah tercatat dalam manuskrip purba sebagai salah satu bahan utama dalam ramuan perubatan sejak 2,000 tahun lalu. Seluruh bahagian pokok mengkudu dikatakan mempunyai nilai perubatan yang tersendiri.Biji mengkudu dipercayai boleh digunakan sebagai julap.Daunnya dikatakan mujarab untuk merawat sakit kulit, mengurangkan sakit dan radang kulit. "Daunnya dikatakan mujarab untuk merawat sakit kulit, mengurangkan sakit dan radang kulit." Sementara itu menurut Dr. Ilham; penyelidikan yang sedang dijalankan di FRIM mendapati pucuk mengkudu mempunyai bahan kimia yang amat berguna untuk menghalang proses penuaan. Batang mengkudu pula boleh digunakan untuk mengurangkan tekanan darah sementara ekstrak daripada buah mengkudu pula dipercayai boleh menyembuhkan sakit mata. "Khasiatnya yang tersendiri tidak mustahil setanding dengan tongkat ali.." Dr. Ilham. Bagaimanapun pokok mengkudu yang boleh ditemui dengan banyak di Asia Tenggara, Australia, New Zealand, India, Carribean dan Tahiti mempunyai nama yang berbeza. Misalnya di Kepulauan Carribean, mengkudu dipanggil pain killer tree (pokok penahan kesakitan) kerana kegunaannya yang meluas untuk meredakan kesakitan akibat bengkak, terseliuh, patah tulang, demam dan pelbagai lagi. Manakala di Asia Tenggara, pokok yang dipanggil nhau itu digunakan untuk mengubati sakit tekak serta penyakit mulut dan gusi. Masyarakat di Filipina pula percaya buah mengkudu bertindak membersihkan usus terutamanya menghindari perut dari parasit.

Masyarakat Melayu samada di Malaysia atau Indonesia pula biasanya menggunakan buah mengkudu untuk mengurang gangguan semasa kencing, diabetis, batuk, senggugut dan pendarahan. "Masyarakat Malaysia memandang remeh khasiatnya berbanding dengan saintis Hawaii" "Walaupun pokok mengkudu tumbuh liar dikawasan kampung tetapi penggunaannya sebagai bahan perubatan traditional semakin dilupakan." "Hanya daunnya saja digunakan bagi merawat wanita lepas bersalin, manakala pucuknya pula dimakan sebagai ulam" kata Dr. Ilham. Walaupun mengkudu terdapat banyak disini, masyarakat Malaysia memandang remeh khasiatnya berbanding dengan saintis Hawaii telah mula membuat kajian mengenainya sehinggakan buah itu telah dikomersialkan sejak 1993.

Produk yang berasaskan buah mengkudu telah mula dipasarkan di Hawaii dalam bentuk tablet dan jus sebagai makanan kesihatan. Menurut Dr. Ilham lagi, mengikut pengamal perubatan traditional terutamanya di Hawaii, amalan meminum jus mengkudu amat baik untuk kesihatan. "Jus itu biasanya diminum sebagai tonik ketika berehat atau selepas bangun tidur terutamanya sebelum menikmati sarapan pagi" katanya. Bagaimanapun menurut Dr. Ilham, walaupun jus mengkudu berkhasiat tetapi tidak ramai yang sanggup meminumnya kerana bau yang tidak menyenangkan. Oleh itu bagi tujuan kommersial, pengusaha jus mengkudu menambahkan dengan pelbagai perasa seperti strawberi atau anggur untuk menghilangkan bau yang tidak menyenangkan itu. Di samping itu satu lagi cara menghilangkan bau adalah dengan mengeringkan jus itu sehingga menjadi serbuk dan dimasukkan ke dalam kapsul. Walaupun hanya beberapa tahun dikomersialkan, keajaiban buah mengkudu telah terserlah ketika Perang Dunia Kedua lagi. Tentera yang berada di Kepulauan Polynesia diberikan mengkudu oleh penduduk tempatan untuk menghindari rasa letih. Sementara di Kepulauan Ratatonga, Samoa dan Fiji, buah mengkudu telah menjadi makanan ruji masyarakat di sana. Mereka memakannya sama ada mentah atau dibuat gulai. Manakala masyarakat Burma pula gemar memasak gulai buah yang masih muda dan buah yang telah masak akan dimakan mentah bersama garam. Memandangkan pokok mengkudu mempunyai khasiatnya yang tersendiri, tidak mustahil ia akan setanding dengan tumbuhan ubatan yang akan dikomersialkan seperti tongkat ali dan sebaginya.

Pokok Mengkudu bukanlah asing bagi kita di Malaysia. Ia adalah tumbuhan tropika yang daunnya digunakan sebagai sayuran atau dimakan sebagai ulam. Buahnya sekali-sekala digunakan sebagai makanan selepas bersalin. Seringkali si pemakannya tidak mengetahui sebab dan tujuan ia dimakan. Biasanya buah tersebut dipetik dan diperam di atas garam atau di dalam beras dan bila sudah masak, ia dimakan begitu sahaja. Di Indonesia buah ini juga popular digunakan sebagai "buah rojak" serta dimakan bersama-sama kuah rojak atau dicampur dengan buah-buahan lain sebagai rojak. Bagi penduduk kepulauan Polynesia dan Hawaii lain pula halnya, mereka lebih mengutamakan buahnya. Sejak lebih kurang 2000 tahun yang lalu, penduduk di kepulauan tersebut telah menggunakan buah mengkudu sebagai ubat untuk berbagai jenis penyakit. Kerana khasiatnya yang sungguh istimewa itu, mereka menggelarkannya sebagai "Pain Killer", "Headache Tree" dan "Cheesefruit". Nama saintifiknya ialah Morinda Citrifolia dan di Hawaii dikenali sebagai Noni.

Mengkudu sebenarnya berasal dari Asia Tenggara termasuk Malaysia melalui laut yang dihanyutkan dari satu pulau ke satu pulau. Kepulauan Carribean terutama Tahiti adalah satu kepulauan yang subur dengan tumbuhan mengkudu. Khasiat Buah Mengkudu diantaranya Menstabilkan tekanan darah dan aras kolestrol - otot jantung Gangguan dalam tubuh - kencing manis, sakit kepala, ginjal, buah pinggang, pundi kencing, pundi hempedu dan tiroid Mencegah pertumbuhan sel kanser dan tumor Sistem pernafasan - resdung, asthma, bronkitis, hingus meleleh, batuk, sakit tekak, batuk kering, kolera dan bayi yang demam selsema Gangguan penghadaman - perut kembung, ulcer, gastrik, cirit-beret, muntah-muntah, tidak hadam, buasir, keracunan makanan Mulut dan Tekak - radang tekak, sakit gusi dan sakit gigi Sakit tulang dan sendi - terseliuh dan gout Penyakit kulit - bisul, luka, kurap, radang, ulser kulit Sakit puan - senggugut, gangguan haid Menghilangkan gatal - celah kelangkang, pelipatan, ulat air dan penyakit kulit Memulihkan kesan umum penuaan (awet muda) Menghilangkan ketagihan dadah dan rokok Membantu sistem kesuburan lelaki dan wanita Meredakan kesakitan (analgesik) Meningkatkan tenaga tubuh badan Mengurangkan stress (tekanan) Anti-oxidant

Perhatian!Buah mengkudu hanya membantu mengurangkan atau meredakan penyakit di atas dan bukannya menjamin menghilangkan penyakit. Ini adalah kerana tiada kajian saintifik ke atas semua penyakit tersebut yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia atau mana-mana badan di dunia. Perlu diingat, kesannya bergantung kepada tindak-balas badan setiap individu dan lama mana ia telah menghadapi penyakitnya. Jadi, untuk penyakit yang kronik atau sudah lama, ia mungkin mengambil masa yang lama. Oleh itu kesabaran adalah diperlukan dengan terus menggunakannya, insyallah